Posting Paling Sering Dikunjungi

Selasa, 17 April 2012

Diet Ketogenik

Diet ketogenik adalah diet yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi yang akan ditukarkan kepada keton yang akan digunakan di samping glukosa. Diet ini akan membolehkan berlakunya oksidasi yang tidak lengkap asid lemak oleh hati. Yang akan menyebabkan akumulasi jasad keton di dalam  dan urin.diet tanpa glukosa membolehkan badan untuk menghasilkan keton yang diperolehi daripada sumber yang terdapat dalam badan untuk digunakan sebagai sumber tenaga untuk menggantikan glukosa. Pada ketika ini badan akan berada dalam keadaan ketosis. Diet ketogenik akan menghasilkan dan mengekalkan keadaan ketosis, yang mana akan menghasilkan perubahan sumber tenaga badan daripada karbohidrat kepada lemak. Diet ini dimulakan dengan fasa puasa.kepentingan berpuasa dalam
mengamalkan diet ketogenik ialah untukmengurangkan jumlah simpanan glukosa yang masih ada dalam badan. Setelah tiada lagi glukosa di dalam simpanan badan, badan akan mula menggunakan lemak dan juga protein untuk mendapatkan tenaga pengoksidaan lemak kepada tenaga adalah tidak lengkap. Ini membawa kepada peningkatan baki atau buangan aseton dan juga jasad keton. Jasad keton akan meningkat dalam darah dan masuk ke dalam urin dan seterusnya menghasilkan keadaan ketosis. Ketosis adalah pembentukan jasad keton dalam berlebihan kebolehan badan untuk menggunakannya. Keadaan ini memberikan keasan antikonvulsan yang akan merencat kejadian  kombinasi ketosis dan dehidrasi separa  dapat engawal sawan. Semasa diet ini diberikan, pemberian antikonvulsan boleh dikurangkan secar berkala atau dhentikan. Ini membolehkan pesakit mengalami pengawalan sawan tanpa kesan sampingan ubatan antikonvulsi.
Diet ketogenik adalah rawatan yang sesuai untuk merawat sawan teruk bagi kanak-kanak dan ia juga didapati sangat efektif dalam merawat sawan mioklonik dan sawan 'minor motor'. Selain daripada itu ia juga membantu nerawat pesakit sawan oni-clonik dan juga 'complex Sawan separa'.diet ini sangat sesuai diguanakan terutama sekali pada kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun.
                                                                                                                                                                          Terdapat dua jenis diet ketogenik yang utama iaitu diet klasik dan juga diet trigliserida rantai     sederhana         (Medium Chain Trigliseride @ MCT). Diet ketogenik klasik melibatkan nisbah pemberian lemak kepada protein yang di tambahkan karbohidrat sebanyak 4 : 1 yang bermaksud sumbangan lemak yang akan diberikan adalah sebanyak 4 bahagian manakala protein beserta karbohidrat hanya satu bahagian sahaja.  Variasi nisbah pemberian diet  ini adalah di antara julat 3:1 hinga 5:1. diet MCT dalah berasaskan minyak MCT. Melalui diet ini pesakit memerlukan 60% keperluan kalori daripada  minyak MCT. Berbanding diet klasik,  diet ini memerlukan sumbangan karbohidrat dan protein yang lebih.
Sekiranya kanak-kanak yang diberikan diet ketogenik masih lagi mengalami sawan dalam masa 2 tahun, neurologist mencadangkan supaya pesakit kembali mengamalkan diet yang normal.
Masalah utama yang dihadapi ialah untuk  mengekalkan diet untuk satu tempoh yang lama. Sejumlah kecil gula yang diberikan boleh mempengaruhi proses ketosis dan keseluruhan diet yang diberikan. Factor utama yang ditekankan ialah disiplin yang tinggi untuk komplian terhadap diet yang diberikan. Terdapat korelasi diantara pemulihan sawan dengan jangkamasa pemberian diet. Oleh itu, ini bermakna kebolehan untuk mengekalkan diet untuk satu jangkamasa akan dapat mengawal sawan.
Kajian mendalam telah dilakukan untuk mengkaji mekanisme tindakan diet ketogenik namun bagaimana ia mengawal sawan masih lagi tidak dapat dikenalpasti.
Kajian juga telah membuktikan bahawa diet ketogenik tidak mempengaruhi keseimbangan elektrolit badan. Kajian speesifik pada otak juga menunjukan tidak berlaku sebarang perubahan air atau elektrolit semasa pemberian diet ketogenik. Ini bermakna kepekatan ion-ion penting seperti K+, Na+, Ca2+ dan Cl2- adalah stabil.
Asidosis yang disebabkan oleh diet ketogenik didapati memainkan peranan dalam menghasilkan kesan antikonvulsan. Asidosis adalah abnormality yang dicirikan dengan penurunan kealkalian darah dan juga tisu badan. Kajian yang telah dilakukan ke atas tikus di dalam makmal menunjukan tiada sebarang perubahan pH dalam otak dengan pemberian diet ketogenik klasik manakala pemberian diet MCT menyebabkan penurunan pH secara akut.  Para penyelidik membuat hipotesis bahawa kesan antikonvulsan oleh ketosis mungkin berpunca daripadaThe researchers have hypothesized that the anticonvulsant effects of ketosis may result from the imposition of an additional demand on the proton-pumping mechanism that maintains the electrochemical gradient for hydrogen ions in brain cells, though there is no evidence for this.
Terdapat data penyelidikan yang mencadangkan bahawa kesan antikonvulsan adalah berkorelasi dengan perubahan plasma lipid. Ia mencadangkan bahawa diet yang selalu diberikan akan meningkatkan aktiviti sawan walaupun kandungan lipid darah masih meningkat . diperhatikan juga bahawa kesan antikonvulsan tidak berkorelasi dengan perubahan paras kolesterol.  Mekanisme bagaimana lipid mempengaruhi aktiviti sawan masih lagi dalam kajian. still being investigated.
Dipercayai bahawa peningkatan paras paras keton menyumbang kepada kesan antikonvulsan.Peningkatan ketosis didapati berkorelasi dengan pemulihan serangan sawan. Kajian yang dilakukan ke atas tikus tua yang diberikan diet ketogenik manakala tikus muda tidak diberikan ebarang rawatan menunjukan peningkatan ketosis yang sama bersama kesan antikonvulsan yang sama.Pemberian glukosa pada tikus menunjukan peningkatan kejadian sawan bersama penurunan proses ketosis dalam pesakit epilepsi.
Kesan diet ketogenik ke atas neurotransmitter dalam otak masih lagi dalam peringkat kajian.Terdapat perubahan yang signifikan dalam penggunaan tenaga dalam otak dengan aktiviti enzim-enzim penting. Walaubagaimanapun masih belum ditemui sama ada ia menyumbangkan kesan antikonvulsan.Mekanisme utama tindakan diet ketogenik dalam merawat sawaan masih lagi dijalankan.
Pengawalan epilepsi melalui diet ketogenik dikatakan efektif kepada lebih kurang 25% subjek yang dirawat. Bagaimanapun terdapat kesan sampingan yang mungkin menyebabkan gangguan pada rawatan yang diberikan. Antara kesan sampingan yang mungkin disebabkan oleh pemberian diet ketogenik ini ialah disebabkan jumlah makan yang diberikan adalah terlalu sedikit. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit berada dalam keadaan fatigue.  Walaubagaimanapun jasad keton dalam badan pula boleh menghasilkan kesan sedatif serta penekanan selera makan yang mana akan sedikit sebanyak menghilangkan rasa fatigue pesakit. Kesalahan anggapan tentang konsep pemberian diet ketogenik ini termasuklah anggapan bahawa pemberian diet yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi boleh meningkatkan risiko berlakunya penyakit jantung koronari. Seetakat ini tiada bukti yang menunjukan bahawa diet ketogenik boleh menyebabkan berlakunya penyakit jantung koronari dan meningkatkan risiko atherosklerosis.
Kesan sampingan lain yang mungkin dialami oleh pesakit ialah pengurangan beberapa jenis viatamin dan juga mineral memandangkan pesakit menerima makanan dalam jumlah yang sedikit. Antara bahan yang mungkin berkurangan dengan pemberian diet ketogenik ialah kalsium, folate, zink, besi, vitamin B kompleks dan iatamin C. oleh itu kanak-kanak yang menerima diet ketogenik disarankan diberikan tambahan vitamin dan mineral tanpa gula. Carnitine juga dikatakatan berkurangan semasa pemberian diet ketogenik. Jadi pesakit memerlukan tambahan carnitine untuk memastikan mekanisme pemecahan lemak berlaku denga lancar. Walaubagaimanapun carnitine juga dikatakan adalah agen anti ketogenik yang akan merangsang pengambilan glukosa selular.
Kajian yang dijalankan juga menunjukan adanya pengaruh pada kebolehan kognitif pesakit melalui pemberian diet ketogenik. University of Pensylvania telah menjalankan kajian ke atas dua puluh orang pesakit yang menerima diet ketogenik di samping kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan ini diberikan ujian mentality. Keputusannya, pesakit yang menerima diet ketogenik memberikan hasil yang kurang baik berbanding kumpulan kawalan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penurunan fungsi otak semasa pengubahsuaian paras gula dalam darah.
Lain-lain kesan sampingan yang mungkin ialah sembelit, hiperurisemia dan asidosis. Keadaan ini dapat dikurangkan dengan pengambilan cecair yang berlebihan. Abagimana peningkatan pengambilan air perlu dilakukan berhati-hati memandangkan ia boleh menyebabkan pengurangan jumlah saline di dalam darah yang mana mungkin menyebabkan saawan. Konstipasi atau sembelit juga dapat dikurangkan dengan pengambilan air.. selain daripada air, minyak MCT juga dapat membantu melegakan konsstipasi
Jumlah pengambilan kalori yang diperlukan mestilah dalam jumlah lebih kurang 75% daripada parsa kalori normal berdasarkan unur dan berat pesakit.kebanyakan kanak-kanak menerima diet dalam nisbah 4:1. bagi kanak- kanak yang berumur 5 bulan ke bawah atau obes mesti dimulakan dengan pemberian diet dalam nisbah 3:1 atau 3:5 lemak kepada protein yang ditambahkan karbohidrat. Pengambilan air mestilah hanya lebih kurang 75% daripada pengambilan air normal. Pesakit juga perlu dibekalkan dengan tambahan kalsium dan lain-lain vitamin dan mineral yang perlu. Sediaan yang diberikan mestilah bebas gula.
Berikut adalah pengiraan jumlah kalori yang perlu diberikan pada kanak-kanak yang akan menerima diet ketogenik :
1.      Jumlah kalori yang diperlukan    
              UMUR (tahun)
 JUMLAH KALORI (kCal/kg)
Kurang dari setahun
               80
1 hingga 3
               75
4 hingga 6
               60
7 hingga 10
               60
11 dan ke atas
                40 – 50

                                    Jadual 1
Untuk mendapatkan jumah kalori yang diperlukan untuk setiap pesakit untuk sehari, darabkan berat badan pesakit (kg) dengan jumlah kalori yang telah disarankan mengikut umur seperti di atas.
2.      Pemilihan komposisi diet juga bergantung pada jumlah kalori  yang diperlukan untuk sehari yang telah dikirakan dalam bahagian 1. Setiap gram lemak mengandungi 9 kalori manakala setiap gram protein dan karbohidrat mengandungi 4 kalori. Berikut adalah jumlah kalori yang yang disumbangkan mengikut nisbah kompisisi lemak kepada protein dan karbohidrat.
             NISBAH
JUMLAH KALORI (kCal)
                 2 : 1
                     22
                 3 : 1
                     31
                 4 : 1
                     40
                 5 : 1
                     49

Untuk mendapatkan komposisi lemak serta protein dan karbohidrat yang diperlukan, bahagikan jumlah kalori yang diperlukan sehari seperti langkah 1
Contoh : seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dengan berat badan 10 kg  75 kalori sehari. Nisbah komposisi diet yang akan diberikan ialah  4:1. maka jumlah kalori yang diperlukan ialah 750 ÷ 40 = 18.75. ini bermakna sebanyak 19 set diet 4 :1 perlu dihidangkan kepada pesakit ini atau pun diberikan 19 gram protein dengan karbohidrat dan 76 gram lemak.

3.      Jumlah keseluruhan makanan yang akan dihidangkan mestilah dibahagikan sama rata dalam 3 hingga 4 hidangan.
4.      Tambahan vitamin dan mineral tanpa gula diperlukan bagi kanak-kanak yang menerima diet ini.


Kategori

abc Epilepsi (5) Acara Epilepsi (1) acara TV (1) adsense (1) Album Photo (1) apa itu epilepsi (4) bagaimana epilepsi (2) Berdamai Dengan Epilepsi (1) bisnis internet (1) buku (1) buku epilepsi (1) buletin rutin YEI (2) carbamazepine (1) Carbamazepine; luminal (1) cerita epilepsi (5) clobazam (1) Data Anggota (1) Data BASS anggota (1) Diet Ketogenik (6) Donasi (3) Donatur (1) epilepsi (3) epilepsy and food combining (1) Fun Walk (2) Fun Walk 2015 (3) Ganggua Penyerta (1) halal bil halal (3) Hari Epilepsi Internasional (2) Himbauan (1) HUT Yayasan Epilepsi Indonesia (3) HUT YEI 2016 (1) Idul Fitri (1) Jaknews (1) kartu anggota (1) Keanggotaan (1) Kebiasaan Mengkonsumsi Obat (1) kegiatan (16) kelangkaan obat (1) Kepengurusan (2) Kerjasama (1) ketrampilan (4) Kiat (2) komunitas (2) Komunitas Debosi (2) komunitas peduli epilepsi (2) komunitas peduli epilepsi Bandung (1) Konferensi (1) Konferensi Nasional Epilepsi 2016 (1) Media Massa (18) menikah (1) Misi YEI (2) Nomor ID YEI (1) Olah Raga (1) opini (1) pemeriksaan darah (1) Pendaftaran Anggota YEI (1) Pendataan anggota YEI (1) Pengobatan Epilepsi (1) Pertemuan (5) Pertemuan Rutin (9) Pertemuan Rutin epilepsi (1) prodia (2) Puasa (2) purple day (3) purple day 2013 (2) Purple Day 2014 (3) purple day 2017 (1) Resolusi WHO (1) Seminar (17) seminar epilepsi (4) survey (1) tabel (1) Tahun Baru (1) talk show epilepsi (1) tata laksana epilepsi pada penderita Dewasa (1) Terapi Epilepsi (2) tips (1) Tulisan bebas (7) Ucapan Idul Fitri (1) ulang tahun YEI (2) Wirausaha (1)

Purple Day - 26 Maret